Tuesday 6 November 2012

Ujian rindu-Nya

Ujian bertandang..
membisikkan kata rindu daripada Tuhan..

Sama ada manusia ingin menyedari atau tidak..
terpulang..

Ujian bukan bererti hanya kesusahan..
kenikmatan juga adalah ujian..

Tawakal dan syukur menjadi peneman,
antara dua bentuk ujian itu..

Akal diberi untuk manusia berfikir..
setiap detik,
saat,
minit,
jam
yang berlalu..
jangan biarkan ia berlalu tanpa fikir !


Friday 5 October 2012

Umur.. angka.. 
semakin bertambah.. bertambah.. dan bertambah..
aku ?
masih begini.. di sini.. dalam mencari arus kehidupan..
rentak.. nyanyian.. irama.. 
yang mana harus aku pilih ?

Tuhan.. 
Aku mendamba sebuah perubahan..
pada diri sendiri..
yang mungkin akan menjadi hadiah paling bermakna buat diriku :)
aku ingin menjadi lebih baik daripada sebelumnya..

Hari ini,mungkin aku masih tewas dalam gelak tawa 
yang tiada penghujungnya..
namun.. harapan.. demi harapan..
doa.. dan dalam setiap doa..
aku mendambakan kemanisan iman..
yang akan membawa aku menggapai syurga-Mu..

(Ya Allah.. terima kasih atas nikmat umur yang kau kurniakan untukku..
peganglah hati ini YA Allah.. kerana "qalbu" ini adalah milikmu.. Bawalah aku menuju jalan cinta-MU)

Kata mak : Adik.. mak doakan adik berjaya dalam pelajaran.. dapat menjawab soalan peperiksaan dengan  baik dan jayanya.. Hanya ini mampu mak bagi(wang berjumlah RM 200) sebagai hadiah hari jadi untuk 2012..
Kata aku : Doa mak yang adik harapkan.. Jangan lupa doakan jodoh yang soleh untuk adik :p haha.. 
Kata mak : Adik memang tak pernah berubah ! asyik kahwin je :p (mak gelak) -sambil menciumku..
'Mak... u r the one for me..5/10/93.. pengorbanan nyawa untuk melahirkan adik ke dunia ini hanya Allah yang mampu membalasnya.. insya-Allah.. adik akan berusaha untuk untuk menjadi seorang anak yang baik :).." redhamu ku harap untuk menggapai redha Illahi " :p
 

Sunday 8 July 2012

Rintihan hati seorang "wanita"

Segala puji dan syukur ku panjatkan pada-Mu ya Allah..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad,Rasul junjungan..
Ya Allah.. Dengarlah.. Rintihan hati seorang hamba-Mu..


Ya Allah..
Suatu ketika dahulu..
Aku bukanlah seorang wanita yang menutup aurat
dengan sempurna..
Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki kelembutan
yang didamba oleh setiap Hawa..
Aku bukanlah seorang wanita yang bergelar anak solehah..
Aku bukanlah seorang wanita yang menjaga ukhwah..
Aku.. bukan seorang wanita yang bergelar hamba yang taat
kepada-Mu..




Aku tertatih sendiri mencari jalan dan arah hidup..
untuk memperoleh Reda-Mu,cinta-Mu..
siapa aku kini Al-haadi,tanpa petunjuk-Mu ?
siapa aku kini Al- Latif,tanpa kelembutan-Mu ?
siapa aku kini  Al-Nur,tanpa cahaya-Mu ?
siapa aku kini Al-Sobur,tanpa kesabaran-Mu ?

Engkau mendetikkan hatiku untuk mencari-Mu
dengan kudus cinta-Mu
petunjuk-Mu membuktikan segalanya..
kelembutan-Mu yang merinduiku dengan segenap ujian..
cahaya-Mu dengan setiap penyelesaian..
kesabaran-Mu dengan setiap luahan hatiku..

Ya Allah..
Andai engkau tidak menjentikku..
sudah pasti aku masih tersasar dari jalan-Mu..
Al-Qadar.. Engkau Maha Menentukan..
tentukanlah yang terbaik untukku..
dalam kehidupan duniaku dan akhiratku..

Ya Ghaffar,Ya Ghaffur..
Keampunan-Mu dan kemaafan-Mu seperti Karim-Mu..
Engkau lah yang Maha Pemurah..
Ampunilah aku.. akan segala dosaku..

Ya Allah..
jadikan aku wanita yang menjadi hamba-Mu yang taat
jadikan aku wanita yang menjadi anak yang solehah..
jadikan aku wanita yang menjadi pelajar yang cemerlang..
jadikan aku wanita yang menjadi seorang penjaga ukhwah..
andai aku kau pertanggungjawabkan untuk melengkapi rusuk adam..
jadikan aku wanita yang menjadi isteri solehah dan sempurna..
yang memperoleh reda suami dunia dan akhirat..
andai aku dan adam itu kau anugerahkan zuriat..
jadikan aku dan dia seorang "umi dan walid" yang mampu
membimbing amanah-Mu melayari bahtera Islam..

Amin..

Saturday 7 April 2012

Sehelai tudung labuh




Aku berpuisi.. 
untuk meluahkan segalanya..
Sehelai tudung labuh..
Menjadi pilihanku sebagai hijab..

Suatu ketika dahulu,
aku hanya seorang insan biasa..
gadis yang hanya berpesonaliti biasa..
Namun,Hidayah-Nya hadir dalam suatu suratan-Nya..
dimana tudung labuh mendapat tempat dihati ini..
Membuatkan aku jatuh cinta pada hijab sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna untukku..
menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita..
aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah..
Namun,tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
 untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya..
kerana itulah yang terindah dan berharga..

Kadang kala,aku kecewa dengan sikap segelintir masyarakat
yang hanya pandai menyindir tanpa mendidik diri terlebih dahulu..
sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar..
Namun,aku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa..
 beristiqamah dalam menjaga aurat..

Ya Allah.. janganlah kau bolak-balikkan hati ini,
setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu..
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu..
dan bermujadah nafsu..
begitu juga,tidak lupa doa buat kaumku yang makin jahiliah cintanya pada-Mu..
amin.. amin.. amin..

"Qaisara Iman"

Kini,aku sedang menulis sebuah kisah mengenai perjuangan seorang gadis dalam menanti cinta seorang suami yang pernah menodainya sebelum mereka diijabkabulkan. Ku ciptakan Qaisara Iman sebagai gadis luar biasa yang tidak berdendam dengan lelaki yang memperkosanya,iaitu Alif. Malah,dengan satu kemaafan memberinya ruang untuk sentiasa berharap agar lelaki itu hadir melindungi resahnya. Dia memendam luka sendirian tanpa pengetahuan sesiapa. Namun,Alif tidak segan untuk meluahkan apa yang dialami kepada ayahnya,Tuan Zaid. Tuan Zaid mencipta rancangan sendiri tanpa pengetahuan isteri untuk bertemu mata dengan keluarga Iman. Menggunakan nama Irfan,dan mengatur perjumpaan antara Irfan dan ibu bapa Iman,akhirnya mereka menerima Irfan sebagai menantu. Begitu juga dengan Iman,yang masih tidak tahu bahawa Irfan adalah Alif. Dia menerima lelaki bernama Irfan tanpa pernah berjumpa. Segalanya diatur oleh keluarga. Iman berharap agar Irfan adalah anugerah Allah untuk melindunginya. Dia berserah andai Irfan tidak dapat menerimanya kerana sudah tidak suci lagi. Biarlah Irfan yang membuat keputusan nanti. Bagaimana keadaan Iman setelah diijabkabulkan dengan Irfan yang sebenarnya adalah Alif ? Lelaki yang menghancurkan hidupnya ? Dia adalah Alif Irfan bin Tuan Zaid. Bagaimana pula dengan Zharif yang menanti Iman penuh setia ? Bagaimana penerimaan Iman terhadap Alif Irfan ? Seindah namanya Qaisara Iman yang bermaksud permaisuri Iman dalam menanti kasih seorang suami yang pernah menodainya. Semuanya akan terjawab dalam Qaisara Iman.



          Ketika menciptakan 'Qaisara Iman',aku menangis bersamanya. Aku cuba menjadi Qaisara Iman, gadis luar biasa yang sedia memaafkan dan mengharapkan agar lelaki yang menodainya yang menjadi suaminya. Jika difikir,jarang ada gadis yang menghadiahkan kemaafan selain kebencian dan dendam kepada lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Namun,tidak bagi Iman. Aku cuba menjadi gadis yang berhati mulia. Kata Iman, 'Dosa yang dilakukan pada siang hari,akan Allah ampunkan dosanya pada malam hari jika hamba-Nya bertaubat,manakala dosa yang dilakukan pada malam hari,akan Allah ampunkan dosanya pada siang hari jika hamba-Nya bertaubat.' Besar sungguh kasih sayang Allah. Besar sungguh keampunan-Nya. Jika tiada kemaafan dari manusia,bagaimana Allah akan menerima Alif jika Alif benar-benar bertaubat. Itulah yang sentiasa Iman fikir. Aku terasa indah ketika menjadi Qaisara Iman walaupun bertemankan luka semalam kerana hatinya yang mulia. Dia gadis yang dianiayai. 
          Menjadi Zharif bagai membuatkan aku terluka apabila Iman dimiliki oleh Alif. Salahnya juga kerana tidak berani meluahkan pada Iman. Zharif seorang yang baik dan sangat rapat dengan Sumirah. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iman. Akankah Zharif menemui kebahagiaan ?
         Ku ciptakan watak Sumirah sebagai teman sekuliah Iman yang sentiasa membantah keinginan Iman kerana inginkan yang terbaik untuk Iman. Namun,Iman punya prinsip tersendiri. Manakala ku ciptakan watak Sarah sebagai sahabat Iman daripada umur mentah lagi,sahabat yang Iman percaya,dan Iman meluahkan segalanya pada Sarah. Sarah teman yang menemani luka Iman walaupun sedang menuntut di Cairo,Mesir. Itulah erti persahabatan yang cuba ku ciptakan. Walaupun jauh jarak,namun mereka sentiasa melindungi antara satu sama lain.

"Itulah serba sedikit detik hatiku ketika mencipta Qaisara Iman. Aku tidak pasti bila akan ku keluarkan novel ini. Insyaallah dalam jarak masa yang tidak lama. Kekangan masa membuatkan aku terhad untuk bersama Qaisara Iman. Berminatkah sahabat untuk mengetahui tentang Qaisara Iman dan menemaninya dalam lukanya ? Tersenyum ketika dia cuba mengukir senyuman ?" Insyaallah,kita akan bersama Qaisara Iman apabila tiba masanya nanti.

      






Tuesday 3 April 2012

Jodoh dari DIA

Ku persembahkan cerpen ini buat tatapan pembaca..

             Oleh:Khazinatul Hidayah

CINTA.. apa ada dengan cinta ? Hati seorang gadis berusia 19 tahun ini telah menutup sepenuh hatinya terhadap cinta.Namun,siapa sangka kerasnya hati seorang wanita mampu bertahan lama ? Kepada Allah dia serahkan segala takdir hidup seterusnya setelah kehilangan seorang lelaki yang pernah bertakhta dihatinya.

Musafir.. lelaki ini pernah memberi kekuatan pada dirinya dengan menaburkan benih cinta dan menyemai impian untuk melihat dirinya berjaya ketika mendapat keputusan SPM 2010. Namun,lelaki itu telah pergi ketika dia sedang berjuang untuk menduduki SPM. Hilang seluruh semangatnya.. Dia rebah ketika mendapat tahu berita tentang kematian lelaki itu. Hari yang dilalui begitu sepi,namun dia cepat sedar bahawa dia tidak sendiri. Allah adalah segala-galanya. DIA kekasih sejati,yang tidak pernah mengecewakan gadis ini.Dia adalah Nur Asrar Hidayah bt Abdul Rahman atau dikenali sebagai Asrar.

                Keputusan SPM telah membawa dia menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan di UITM,Terengganu,Kampus Dungun. Alhamdulillah.. Berkat beristikharah,matrik dan STPM bukan impiannya. Hati dan akal bergabung untuk memilih diploma. ‘Ya Allah.. Moga pilihan ini memberi aku rahmat dan kejayaan. Amin..’ Doanya dalam hati.


                Pejalanan hidupnya di kampus sama seperti mahasiswa lain. Namun,erti persahabatan yang terjalin mebuatkan dia belajar sesuatu tentang persahabatan ini. Mereka berlapan dalam satu kumpulan yang mewakili empat lelaki dan empat perempuan. Apakah makna persahabatan ini ? Biarlah perjalanan kenangan yang tercipta menerangkan segalanya.Satu semester telah berlalu.


        “Adik.. Mak ada berita baik untuk adik..” Dia anak bongsu. Jadi,ibunya memanggilnya adik.
“Apa Mak ?” Jawabnya ketika diberitahu oleh ibunya bahawa ada berita baik untuk diberitahu.
“Kita dapat ke Makkah bulan Februari ini..Mengerjakan Umrah.. Macam mana ? Bersetuju untuk pergi atau belum bersedia ?” Subhana-Allah.. Siapa sangka pertanyaan ibunya merentap seluruh hatinya. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk ke Tanah Suci telah sekian lama. Kini peluang ada di depan mata. Dengan penuh keikhlasan dan tangisan kesyukuran,dia memberi jawapan setuju kepada ibunya. ‘ Ya Allah.. Sungguh, Engkaulah yang Maha Mendengar doa hamba-Mu dan memakbulkannya. Moga terbentang luas keampunan-Mu untukku.’


                Hari yang dinanti telah tiba. Perjalanannya ke Tanah Suci berjalan lancar. Kesyukuran dipanjatkan kepada Ya- Rabb kerana memberi peluang untuk dia menatap keindahan bumi Madinah dan Makkah. Tempat yang diimpi oleh segenap  orang Islam di seluruh pelosok dunia. Seperti mimpi,namun itulah realiti yang dihadapinya. Namun,disebalik kegembiraan itu,siapa sangka gadis ini menderita hati tanpa dipinta ? Azwan Adam.. Kenapa lelaki ini yang diingati ketika di Jabal Rahmah ? Kenapa lelaki itu ? Sahabatnya sendiri ? Apakah tanda semua ini ? ‘Ya Allah.. Andai ini dugaan-Mu,Engkau kuatkan aku dengan kekuatan-Mu.. Andai ada petunjuk antara semua yang telah Engkau tetapkan,Engkau berilah yang terbaik untuk hamba-Mu ini.. Sesungguhnya,aku hanya hamba.. Yang sentiasa lemah dalam mengatur nafsu.. Lenyapkanlah nama Azwan Adam di kotak hati ini jika dia tidak terlibat dalam hidupku suatu hari nanti. Biarlah kami bahagia dengan persahabatan ini.. Amin.’

                Azwan Adam adalah sahabat seperjuangannya di UITM. Bersama Alif Azmi,Basyir Akil dan Khairul Ikwan. Ada apa dengan Azwan Adam ? Dia tertanya-tanya.Gadis bertudung labuh ini berharap agar dia dapat menghabiskan pengajiannya dengan baik tidak lama lagi.


Empat tahun kemudian..


                Ijazah telah digulungnya. Pekerjaan juga telah sempurna. Dia mencapai impiannya untuk menjadi seorang pensyarah. Dalam masa yang sama,dia juga menceburi bidang penulisan dan perniagaan. Semua telah lengkap dalam hidupnya. Namun,siapa sangka dia mampu bahagia dengan semua itu ? Dia wanita biasa. Yang mengharapkan cinta dari seorang suami. Dalam termenung,dia berfikir siapa jodohnya ?


                “Teringat pula aku pada pengalaman di mana tiba-tiba Azwan Adam muncul dalam ingatan ketika di Jabal Rahmah..Hmmm”.. Dia mengeluh ketika menyuarakan pengalaman itu kepada sahabatnya, Farhana yang kini menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Teknik Terengganu.  Tercapai juga cita-cita sahabatnya itu. Itulah tekad kami,belajar hingga mencapai cita-cita. Farhana telah berkahwin dengan Muhammad Syafie. Kekasih hatinya ketika di bangku sekolah lagi. Alhamdulillah. Jodoh mereka berkekalan. Tapi,Nur Asrar Hidayah ?


                “Jodoh kot..” Jawab Farhana tanpa perasaan. Hujung minggu itu,mereka sudah berjanji untuk berjumpa. Jika tidak keluar hujung minggu,entah waktu bila mereka dapat meluahkan perasaan masing-masing seperti di kampus dahulu. “Eh apa kau ni,jodoh pulak(pula).. Entah-entah dah kahwin mamat tu..” Dia mengeluarkan kata-kata itu tanpa sekelumit keikhlasan. Ada apa pada hati ? Kenapa tidak mampu untuk ikhlas  Asrar ? Subhana-Allah.. Selepas bertahmid,dia beristighfar di dalam hati dan menghadiahkan senyuman yang paling manis buat sahabatnya walaupun hatinya sedang berperang dengan kata-kata yang diucapkan sendiri.


               “Asrar.. memang Azwan dah kahwin.. Dengan pilihan keluarganya sendiri.. Maaf kerana aku tidak memberitahumu.. Bukan berahsia,namun hati ini khuatir jika engkau akan kecewa.. Aku tahu,dari semester satu,ketika di kampus lagi kau menyimpan perasaan terhadapnya kan ? Kenapa harus berahsia ? Tidak mampu untuk meluahkan atau ingin lari dari cinta setelah kau kehilangan Musafir dahulu ?..” Bertalu-talu penjelasan dan persoalan yang Farhana ajukan padanya. Dia bungkam. Tanpa kata dia berlalu tanpa pamitan terlebih dahulu.


                “Tunggu !” Sapa satu suara garau dan manarik tangannya. Pantang bagi Asrar ada lelaki ajnabi yang menyentuh dirinya. Baginya hanya seorang insan yang diamanahkan oleh Sang Pencipta sahaja yang dapat menyetuhnya secara mutlak. Ada marah dalam sabar. Doa dan tasbih tetap dialunkan dalam hati. Marah kerana memperjuangkan haknya sebagai seorang muslimah yang wajib dihormati.
“Apa ni ?Tarik-tarik tangan ? Saya perempuan.,awak lelaki ! Tak tahu batas ke ? Awak wajib menghormati saya..” Sergahnya terhadap lelaki yang belum dipandang wajah lelaki itu.

                “Kita kahwin..” Hanya itu ungkapan yang diungkapkan oleh lelaki itu sebelum berlalu. Tidak sempat Asrar melihat wajah lelaki itu. Ungkapan itu seperti halilintar yang memamah dirinya sendiri. Kahwin ? Bagaimana perkahwinan tanpa cinta ? Biar orang kata dia sedang mencintai Azwan,namun, Allah belum memberi jawapan padanya. Padanya,yang berhak menerima cinta daripadanya adalah suaminya sahaja. Kerasnya hati gadis ini.

                Dia bangkit dari tidur. Teringat akan mimpinya tadi. Apakah makna mimpi ini ? Kenapa perkahwinan ? Dia bangkit dan berwuduk untuk beristikharah. Kenapa dia mengingati Azwan ? Siapa lelaki di Mesra Mall tadi ? Farhana.. Kenapa la kau tak perasan lelaki tadi.. Hmm..


                Selesai solat.. Dia memulakan doa dengan pujian kepada Ya Rabb.. Rasul-Nya.. meminta segala dosa kedua ibu-bapanya diampunkan dan segala dosanya juga diampunkan. “ Ya Allah.. Engkaulah yang mengetahui hati hamba-hamba-Mu.. Dalam istikharah ku,aku berharap agar lelaki ajnabi tadi jujur dengan ungkapannya. Adakah dia jodohku Ya Allah.. Tapi,siapa dia ? Begitu misteri perjalanan hidupku yang kau aturkan. Namun,Kebaikan itu datangnya dari-Mu.. Andai dia jodohku,kau dekatkan hatiku dengan hatinya.. Didiklah aku menjadi isteri yang solehah.. Kurniakan kami zuriat yang dapat menyambung perjuangan Rasul-Mu.. Sepenuh pinta dariku agar aku dapat melengkapkan tulang rusuk suamiku,untuk membantunya sama-sama dalam meneruskan jihad ini ya Allah.. Andai aku seorang ibu,kurniakan aku nurani yang sabar dalam mendidik anak-anakku nanti.. Dan.. berilah aku kesempatan untuk berkhidmat sepenuhnya  terhadap amanah-Mu dan membuat suami ku sentiasa tenang dan bersyukur dengan anugerah-Mu.. Amin.. Amin.. Amin..” Disapu kedua tapak tangannya ke muka dan bayangan Azwan Adam tetap muncul.. Apa akan terjadi hari esok ? Dia tertanya-tanya..


                Asrar dirapi dengan pakaian pengantin.Busana Muslimah yang direka khas oleh sahabatnya,Liyana.Walaupun seorang jururawat,namun,dia tetap mengabdikan impiannya untuk membuka butik pengantin.. Itulah Nur Liyana.. Tetap dengan pendiriannya. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Muhammad Fadhil. Cinta remaja juga. Seperti Farhana. Liyana juga kekal bersama kekasih hatinya dalam membina dan melayari bahtera bersama-sama.


                “Liyana,aku tak kenal siapa bakal suami aku.. Aku tak pernah kenal.. Tiba-tiba semua ni berlaku.. Kadang,aku tak faham dengan semua ni.. Apa yang tertulis untukku sukar untuk di luah.. Akal ini sarat memikirkan sebarang kemungkinan.. Ada gentar dihati ini..” Segala yang terbuku dia luahkan kepada Nur Liyana. ‘Asrar,kau bertuah kerana mengahwini lelaki yang mencintaimu,dan kau juga sebenarnya mencintainya. Andai aku terlambat,mungkin aku akan menyesal kerana membiarkan harapanmu musnah. Asrar,lelaki yang tidak engkau kenal itu adalah sahabatmu sendiri. Azwan Adam. Maafkan aku kerana terpaksa melakukan semua ini tanpa pengetahuanmu’ Detik hati Nur Liyana tanpa memberi respons terhadap apa yang digusarkan oleh Asrar.Dia tahu,Asrar mencintai Azwan Adam. Itulah Asrar. Seindah namanya,seorang perahsia.

                Perjanjian dibuat tanpa pengetahuan siapa pun. Antara dua sahabat,Nur Liyana dan Azwan Adam serta diikuti oleh ibu dan bapa Nur Asrar Hidayah.


                “Mak cik,Pak cik.. Maafkan kami kerana menganggu masa makcik dan pakcik.. Tapi,bagi kami,perkara ini perlu diselesaikan dengan segera.. Biarlah tanpa pengetahuan Asrar.” Liyana memulakan bicara.
                “Ada apa Liyana ? Azwan ? Kelihatan seperti begitu penting ? Kenapa dengan Asrar ? Setahu kami,dia baik-baik sahaja sepanjang melalui kehidupannya di depan mata kami.”


                “Makcik,saya Azwan Adam. Lelaki yang pernah diingati oleh Asrar ketika di Jabal Rahmah. Saya ingin menjadikan dia isteri saya makcik,pakcik.. Saya mungkin silap kerana mengabaikan perasaan nya terhadap saya ketika di kampus dahulu. Saya tidak pernah tahu kerana dia lah Asrar. Seorang perahsia. Segala cerita tersimpan dilubuk hati Nur Liyana. Liyana dah ceritakan segalanya pada saya tentang Asrar. Saya akan menyesal jika tidak menjadikan dia suri hidup saya. Sesungguhnya,Asrar juga sentiasa hadir dalam mimpi saya pakcik,makcik.. Izinkan kami bersatu.Restui kami.”

                “Alhamdulillah.. Akhirnya,Allah kabulkan doa kita ya mak.” Tapak tangan disapu ke muka tanda syukur.


                “Liyana,kenapa termenung ? Salahkah aku mengutarakan isi hati ini ? Aku khuatir andai dia bukan yang terbaik untukku.” Liyana tersedar dari terus mengingati peristiwa seminggu lalu.
“Asrar,ketahui dan yakinlah.. Dia akan menjagamu dengan sebaiknya. Yakin pada ketentuan Illahi. Itu yang selalu kau pesan pada aku waktu hari bahagia aku dengan Fadhil. Kan ?” Liyana memberinya semangat. ‘Asrar,minit makin hampir. Kau akan diijabkabulkan sebentar sahaja lagi’

                Pengantin lelaki telah sampai.Debaran semakin terasa. ‘Ya Allah.. Berilah aku kekuatan dalam menerima siapa pun yang telah engkau tetapkan sebagai jodohku.’


              “Aku terima nikahnya,Nur Asrar Hidayah bt Abdul Rahman,dengan mas kahwin sebanyak RM 80”

Alhamdulillah.. Hanya itu ungkapan yang didengari oleh Asrar. Dia bagaikan bermimpi kerana lelaki yang kini sudah bergelar suaminya adalah Azwan Adam. Jodoh dari DIA. Benarlah kata orang,Tanah Suci adalah tempat petunjuk dari Allah. Dia yang Maha Mengabulkan.

                Apa yang harus dia rasakan sekarang ? Bersyukur ? Menyesal ? Rasa diri dipermainkan oleh seorang sahabat ? atau Jazakallah khairan untuk Nur Liyana ? dan marah pada Farhana kerana telah melibatkan diri dalam rancangan Liyana dan Azwan untuk menipunya ? Dikira Azwan Adam sudah berkahwin sebelum ini. Subhana-Allah.

                “Asrar,kenapa termenung ? Wuduk sekarang.Kita berjemaah.Abang akan menjadi imam untuk Asrar.” Tanpa alasan,kaki melangkah ke kamar mandi untuk wuduk. ‘Ya Allah.. Salahkah caraku memperisterikan Asrar? Kenapa dia hanya diam ? Tidak sepatah pun dia berbicara denganku ? Maafkan abang  Asrar. Kau akan ku jadikan Ainul Mardhiah ku’ Tekad Azwan di dalam hati.Perjanjian antara dia dan Pencipta.

                Selesai solat berjemaah,Asrar mencium tangan suaminya. “Asrar,maafkan abang. Adakah Asrar tidak bahagia dengan perkahwinan ini ?” Azwan Adam memulakan bicara antara dia dan isterinya.
“Abang..” Seperti ada batu di dalam mulutnya untuk meluahkan isi hati yang selama ini terpendam. Kini,lelaki ini telah bergelar suaminya. “Ya sayang..” Subhana-Allah.. lembutnya panggilan dari seorang suami.

                “Maafkan Asrar kerana mencintai abang tanpa pengetahuan abang. Selepas ingatan Asrar terhadap abang di Jabal Rahmah,Asrar semakin yakin bahawa Asrar tidak salah dengan apa yang Asrar rasa. Tapi,Asrar cuba elak kerana tidak mahu terlibat dalam cinta lagi. Selepas kehilangan Musafir,Asrar seperti tidak mampu lagi untuk mencintai sesiapa secara zahir. Namun,Asrar sentiasa berdoa dalam istikharah,agar Asrar dipertemukan dengan jodoh yang baik. Dan… Alhamdulillah,Allah mendengar segalanya.” Dengan titisan airmata,dia yang setulus namanya Asrar yang bermaksud rahsia itu,meluahkan segala isi hatinya terhadap suaminya. Moga bahagia milik mereka.

                Azwan Adam mengucup lembut dahi isterinya tanda cinta yang tidak terhingga. ‘Akan ku pimpinmu Asrar ke jalan yang diredhai-Nya. Moga kau adalah pelengkap hidupku yang saling membawaku menuju redha-Nya.’ Detik Azwan Adam ketika mengucup dahi Asrar.

                Mereka saling bertentangan mata. Tanpa kata. Malam yang indah dilalui bersama dengan penuh rasa cinta kerana Allah. DIA lah yang mentakdirkan hidup mereka bersatu. DIA lah yang Maha Mengetahui segala yang terencana.

                Dalam diari Asrar,terukir nama sahabat yang kekal selamanya bermula dikampus dahulu. ‘Apa khabar dengan Syikin ? Belum pulangkah dia dari Amerika ? hmm..’ Dalam meniti hari bahagia,mana mungkin dia melupakan sahabat seperjuangannya. Jika sudah pulang ke tanah air,masakan tidak datang ke majlis hari perkahwinannya.

Tiga tahun berlalu..

                “Umi,adik selalu menangis.. Abang Long tak nak tengok adik sedih.. Adik sakit ya umi ?” Adam Mukhlis bin Azwan Adam. Cahaya mata yang menjadi tanda cinta antara Asrar dan Azwan. Bukan seorang yang dikurniakan Allah kepada mereka,tapi sepasang kembar. Khazinatul Asrar. Kembar kepada Adam Mukhlis. Begitu sayang Abang Long kepada kembarnya yang di panggil adik.

                “Adam Mukhlis,dengar umi ya sayang. Adik tidak sakit. Tapi,adik rindukan walid. Walid terpaksa tinggalkan tanah air untuk meneruskan dakwahnya. Umi juga berharap agar Abang Long meneruskan perjuangan Rasulullah seperti walid. Walaupun kita sibuk dengan urusan kerja,akan ada masa lapang untuk kita menyampaikan ilmu kepada para sahabat yang memerlukan.. Faham tak sayang ?”

                “Ya umi. Insya-Allah Abang Long akan cuba. Walaupun di usia yang masih kecil,dengan didikan umi dan walid,Abang Long akan menanam azam untuk menjadi seperti walid.” Begitu bersungguh-sungguh janji yang di ukir oleh bibir anak kecil itu.

                Bip.. bip.. Bunyi sistem pesanan ringkas mengejutkan Asrar.

                ‘Abang akan pulang tidak lama lagi. Abang ada berita gembira untuk Asrar’

‘Ingin di balas atau tidak ? Biarkan sahaja. Aku akan menunggumu dengan penuh setia suamiku.’ Detik Asrar. Walaupun berkhidmat sebagai seorang doktor,Azwan tidak pernah lokek menyebarkan ilmu dakwah ke negara luar. Kerja doktor bukan terhad di hospital sahaja baginya. Dia juga tidak pernah menolak untuk bertugas ke luar negara,dengan niat untuk membantu dan menyampaikan dakwah.

                Azwan telah pulang ke tanah air. “Abang,apa berita gembira yang ingin abang beritahu Asrar?” Tanya Asrar tanpa rasa malu. Purdah dibuka kerana telah sampai di rumah selepas mengambil suaminya pulang di lapangan terbang tadi. Asrar meneruskan hasratnya untuk berpurdah setelah bergelar isteri. Itu adalah impiannya ketika masih gadis.

                Sambil Khazinatul Asrar di dalam pelukan ayahnya,Azwan menyampaikan berita itu dengan penuh tenang. Dia tahu,itu adalah kebahagiaan buat isterinya. “Asrar,minggu hadapan kita akan bertolak ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah. Bersama Abang Long dan adik juga. Adam dan Khazinatul akan abang bawa juga ke sana terutama untuk melihat Jabal Rahmah. Itu tanda cinta kita,sayang. Sampai bila pun,abang tidak akan pernah lupa bagaimana adanya abang di hati Asrar.”

‘Umrah? Ya Allah.. terima kasih suamiku’ Hanya senyuman dan titisan airmata syukur yang dihadiahkan buat suaminya tanda terima kasih. Asrar kini bahagia bersama Azwan Adam. Dia mendapat bimbingan sempurna daripada seorang suami. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Tambah pula dengan dua permata yang kacak dan comel itu. Adam Mukhlis menjadi pilihan nama untuk puteranya kerana mengambil satu nama dari Azwan Adam. Adam adalah nama mulia. Manakala Mukhlis pula pemimpin yang disegani. Dia berharap agar Adam Mukhlis akan membesar dengan ilmu yang penuh di dada.

Manakala,Khazinatul Asrar adalah bermaksud khazanah rahsia. Moga dia menjadi seindah mawar berduri suatu hari nanti. Walaupun seorang perempuan,Asrar sangat berharap agar Khazinatul akan menjadi seindah namanya yang membawa khazanah islam ke pelosok dunia. Jika tidak dengan melangkah,biarlah dengan penulisan. Amin.

“Abang.. Terima kasih untuk semua yang telah abang berikan untuk Asrar. Asrar bahagia bersama abang. Semoga Nur Asrar Hidayah akan sentiasa menjadi Ainul Mardhiah untuk suaminya,Azwan Adam.” Kata-kata itu dibalas dengan senyuman oleh suaminya.

“Insya-Allah sayang. Akan abang bawa legasi cinta kita di jalan yang benar”

“Dan akan Asrar bawa legasi cinta kita,dalam sebuah penulisan.”

Mereka berpelukan dengan penuh rasa bahagia. ‘Moga cinta ini kekal dan diredhai Allah’ Detik hati Azwan. Ya.. Moga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

Saturday 10 March 2012

"JARAK antara aku dan dia"

>> "J A R A K" INI MENJAGA AKU DAN DIA..<<

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥


-H.A-


Tuesday 6 March 2012

Tuhan berikan aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Sunday 4 March 2012

Merindumu bumi Madinah


Seterusnya,aku ingin menuju ke destinasi cinta yang pertama.. iaitu di Madinah.. Dari Jeddah,5 jam juga perjalanan..Hotel aku sebelah je ngan masjid Nabawi.. Alhamdulillah.. meneliti budaya arab yang berjalan laju menuju masjid-sakit,sihat.. semua berlumba-lumba menuju rumah Allah.. Dalam merenung mereka,aku terlihat seorang perempuan yang tidak mampu berjalan dengan stabil.. apabila penat,dia hanya mampu duduk di tengah2 jalan(laluan orang orang ramai).. Tangisan aku tidak tertahan lagi mengenangkan alasan budaya melayu yang tidak pernah kuat menunaikan tuntutan cinta kepada Illahi apabila mendapat sedikit dugaan.. Masya-Allah.. SubhanaAllah.. aku sedar,aku insan yang kurang bersyukur.. benarlahhh.. nikmat mana lagi yang perlu aku pertikaikan.. ? AllahuAkbar,AllahuAkbar,AllahuAkbar..

Madinah.. sungguh aku rindu.. rindu pada Masjid Nabawi.. Penuh tenang aku merenung dan mencari diri di Masjid Nabi.. kadang2,aku hilang tanpa arah.. apakah jalan yang aku cari sebenarnya ? Dalam setiap doaku,aku berharap agar aku diberi jalan yang membawa aku menggapai redha-Nya.. Namun,langkah kaku tanpa tahu ke mana destinasi harus ku tuju ? Destinasi matlamat akhirat yang bernama Syurga.. Mampukah aku ? lidah kelu tanpa bicara.. namun,hati tetap mengalunkan zikir cinta.. Bumi Madinah menjadi saksi apabila aku menangis hiba dihadapan Masjid Nabi.. menginsafi diri yang penuh noda dan dosa.. seorang hamba yang ingin kembali mencari jalan-Nya.. yang mendambakan balasan cinta-Nya.. yang mengharapkan syafaat Rasul-Nya.. Amin

Berkongsi tentang ziarah,aku ke Masjid Quba',Perkuburan Baqi'.. Makam Saidina Othman dipagari dengan zink..SubhanaAllah.. Dekat Masjid Quba',manusia tersangat la ramai.. aku juga diberi peluang untuk melihat Bukit Uhud..tapi,x berkesempatan nak naik kerana kekangan masa.. tapi,Allah Maha Adil.. Dia memberi aku peluang mendaki Jabal Rahmah.. Kemudian,aku melalui Makam Saidina Hamzah untuk ke Masjid Qiblatain..Majid 2 arah qiblat.. Melalui juga medan peperangan Khandaq.. Masjid 7.. Kat sini ada 1 tempat Nabi berdoa.. Selawat dan salam ke atas mu junjungan Rasulku.. aku juga ke ladang kurma..selepas ziarah,balik hotel..



apabila matahari terbenam,Masjid Nabawi akan menerima aku sebagai tetamu.. tasbih cintaku untuk-Mu tidak akan pernah terhenti lagi.. Moga hatiku sentiasa dalam penjagaan-Mu.. 


Saturday 3 March 2012

Perjalanan rinduku pada-Mu

Dalam setiap isi blog,pastinya aku menghadiahkan puisi untuk diri sendiri.. Tapi,untuk kali ini,aku sangat ingin mengimbau kembali perjuangan cintaku untuk-Nya di sebuah tempat yang tak pernah terfikir aku akan menjejakinya dalam usia muda begini.. Namun,panggilan-Nya tidak siapa mampu menghalang.. Aku berjaya juga mencapai impian..

Sebelum ke Makkah,aku ke Madinah tiga hari.. tapi,aku terlalu ingin untuk bercerita tentang kerinduan terhadap Baitullah.. Destinasi cinta yang kedua ini menerima aku sebagai tetamu.. 5 jam perjalanan dari Madinah dengan menaiki bas..Berhenti di Bir Ali untuk niat ihram..Ya Allah.. andai diberi peluang,aku ingin menetap di tanah suci-Mu.. Sampai Makkah,semua tetamu Allah menyahut seruan-Nya.. Perjalanan tawaf dan saie sangat memerlukan kekuatan dan kesabaran.. Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh-Nya..
Namun sebagai hamba yang tak sempurna.. penyesalan tetap ada kerana masa disana tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.. aku ingin menebus segalanya andai dapat ke sana lagi.. Jika ditanya tentang pengalaman,aku tak mampu untuk menceritakan sepenuhnya.. hanya ketenangan yang aku mampu ungkapkan.. SubhanaAllah.. 19 Feb 2012,aku ke Masjidil Haram kerana ada temu janji dengan Aunty Azian.. yang menetap di Makkah lebih 7 tahun.. Sebelum bertemu,aku jalan-jalan di pintu(No.1) Masjidil Haram yang mana kita dapat melihat Kaabah dari luar.. AllahuAkbar,AllahuAkbar,AllahuAkbar.. Hanya airmata yang mampu melepaskan segala rasa hati ini.. Moga ada keindahan seterusnya untuk diri ini..Tepat jam 10 pagi,aku jumpa Aunty Yan kat luar Masjidil Haram.. Aunty sangat baik..Terima kasih Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengan insan yang mampu membimbingku.. ukhwah yang tebina,sangat menggembirakan hati ini..(seperti Madam Taaheraah) Alhamdulillah..Aunty ajak aku makan kat restoran Malaysia kat Makkah.. Aunty belanja teh ais(air kegemaran aku)..Waktu minum,banyak cerita yang dikongsikan oleh Aunty pada aku.. semuanya bermanfaat dan bermaklumat.. Alhamdulillah.. Berkongsi tentang ziarah di Makkah,aku ke ladang unta.. selain ladang unta,ke Masjid Hudaibiyah,untuk niat ihram.. Then ke muzium.. banyak peninggalan zaman nabi kat sini.. SubhanaAllah.. untuk 20 Feb 2012,hanya 3 tempat aku ziarah..  Balik,terus buat umrah.. Moga ada ketetapan hati dan dijauhkan daripada bisikan syaitan.. untuk keesokannya,aku ziarah ke :








Jabal Uhud
Jabal Nur
Jabal Rahmah
Tempat Nabi lahir
Arafah
Mudzalifah
Mina
ade 1 tempat yang aku lupa nama.. ruginyerrrrr.. hmm.. Alhamdulillah.. selesai ziarah.. setiap kali ziarah,mutawif tidak pernah lokek berkongsi cerita tentang perjuangan Nabi.. Sungguh aku rindu untuk ke sana lagi.. SubhanaAllah.. segalanya berkat usaha mak yang sentiasa memberi aku semangat.. terima kasih mak :) 

*cerita ini masih panjang,tapi aku penat .. nanti kongsi lagi untuk Madinah.. rindu !!