Thursday 26 September 2013

Teguran indah

Hati kacau..
Terlalu fikirkan apa yang tak mampu buat.. Salah siapa ?
Kata hati, dah banyak aku usaha.. Tp, tetap tak dapat buat.. 
Cari.. dan terus mencari penyebab.. 

Ya.. mungkin kerana dosa yang tak disangka..

"Beb.. tolong.. aku sedih sebab tak dapat jawab paper law tadi.. tolong nasihatkan aku supaya aku tenang..aku tak tahu nak handle perasaan macam mana.. " 

"Susah ke ?"

"Kau bayang la macam mana kita nak hafal sejarah waktu sekolah dulu.. Ni kan pulak law.. aku dah baca banyak dah.."

"Banyak ke yang tak leh jawab ?"

"Banyak sangat na.. "

"Sabar,, Ujian Allah tu.. "

" Sedih na.. Dari 4 soalan, 1 soalan je boleh jawab.. Kau bayang lah.. "

"Jangan la sedih,masih ada paper lain yang perlu diberi perhatian.. kalau satu paper buat kite rasa down,paper lain macam mana ? Nak ke perkara same berlaku ? Ingatlah,kesedihan hari ni tak akan beri manfaat pun,melainkan kesedihan dijadikan kekuatan.."

"Tak nak na.. "

"So, yang lepas biarlah lepas.. orang kata usaha itu tangga kejayaan kan?? tapi jgn lupa qada dan qadar Allah yang telah ditetapkan Nya.. usaha sekali pun,kalau Dia tak nak izinkan kita berjaya,tetap tak berjayakan..Itulah ujian..tapi jangan lupa,Dia dah ajar kite supaya berdoa dan merayulah pada Dia.. "

" Ye na.. Kadang-kadang aku lupa semua tu kalau tak di tarbiah.. Subuh sekarang banyak qada.. Hablumminallah.. Hablumminannas.. Entah ke mana.. sombong.. "

"Buat solat dhuha.. In shaa Allah.. ada rezekimu sahabat.. "

"Hmm.. Dhuha pun dah lama tinggal sejak akhir-akhir ni..Terima kasih atas peringatan.."

"Please.. berbaik sangka dengan Allah.. "

"Allah nak kau bangkit sebenarnya,bkn bersedih..Kalau ada rezeki,tak ke mana...Belajar di Universiti bukan nak kejar pointer semata- mata,tapi nak jadi MANUSIA..ilmu yang kita belajar bukan untuk EXAM semata,tapi nak mempelajari ilmu Allah..ilmu yang dapat apply utk kehidupan.. untuk membantu antara satu sama lain.."

"Kenapa aku tak fikir semua tu na ?"

"Nama lagi manusia.. Lupa dan lalai.. Aku pon macam tu jugak.. adakalanya jatuh langsung tak ada kekuatan.. So, Muhasabah diri.. Kita dapat banyak kesenangan dari-Nya.. Tapi, satu.. Kita lupa nak bersyukur lebih dari apa yang Dia beri..Kuatkan semangat ok !"

Thank to Capital H.. thank you very much for giving me advise.. :)









Sunday 8 September 2013

Dan.. bila

Oleh : Khazinatul Hidayah
Kategori : Cerpen rindu ayah.. hehehe..
Yang sudi baca, baca lah.. Bismillah..

Disebalik senyuman seorang ayah, sukar ditafsir senyuman itu untuk apa ? Disebalik muka serius seorang ayah, dengan kerutan di dahi, sukar ditafsir dia sedang memikirkan apa ?

Anak...

Gadis itu bernama Syafiza.. Anak bongsu dalam kelaurga..

Kata ayah, " Fiza, ayah dah tua. Fiza perlu kuat untuk lalui masa depan."

"Ayah, kenapa ayah cakap macam tu ?"

"Ayah cuma berpesan nak.."

"Tapi.. kenapa tiba-tiba ayah ?"

"Ayah cuma terfikir, jika ditakdirkan ayah pergi menghadap Illahi, siapa yang akan memeliharamu nak ? Abang long ? Dia sakit.. Abang cik ? Dia x mampu.. Abang Ngah, Abang Ateh, Abang Dar dah semua bahagia di sisi Allah.. "

"Ayah.. Fiza tahu semua tu.. Fiza sedar.. In shaa Allah Fiza akan lakukan yang terbaik untuk masa depan Fiza.. Moga Allah beri Fiza peluang untuk bahagiakan ayah.."

"Memang itu yang ayah harapkan.. Fiza harus kuat lalui semua ni.. Maafkan ayah sebab tak mampu penuhi semua keselesaan Fiza dalam menuntut ilmu.. Ayah sentiasa mengiringi Fiza dengan doa.."

"Doa pun sudah cukup dari segala-galanya ayah.. Fiza cuma nak ayah ada di sisi Fiza untuk menemani hari-hari Fiza.."

"Itu kehendak kita.. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.. Sebab itu ayah berpesan supaya kamu kuat.. belajar dari sekarang untuk mendapatkan semua yang kamu nak tu sendiri tanpa bantuan sesiapa.. sampai satu masa, Fiza yang akan jadi kakak.. Menjaga Abang long dan Abang cik.."

"Fiza akan cuba ayah.."

***

Fiza : Ya Allah, satu masa.. jika benar ayah akan tinggalkan aku dulu, aku mohon kau beri aku kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.. lapangkan rezekiku untuk berkongsi dengan abang long dan abang cik.. Mereka amanah-Mu ya Rabb.. Matangkan fikiranku.. Jadikan aku anak yang solehah.. adik yang bertanggungjawab.. Dan.. kabulkanlah harapan ayah..

Ayah : Ya Allah, peliharalah anakku.. Beri dia kebahagiaan walau tanpa aku.. Hilangkan kesedihan dihatinya.. Ubati rindunya dengan kuasa rindu-Mu yang hebat.. Permudahkan urusan hidupnya ya Allah.. Jangan kau biarkan dia sendiri menentukan nasib hidupnya.. Kau tuntuni langkah dia Ya Allah.. Sesungguhnya, dia satu-satunya anakku yang mampu bertanggungjawab ke atas abang-abangnya jika aku tiada nanti.. Terima kasih atas anugerah-Mu yang satu ini ya Allah.. Amin..

*Fiza.. gadis yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga abang-abangnya yang diuji dengan sakit.. Ayahnya telah tua.. Ibunya juga.. Fiza harus melalui hidup tidak seperti remaja lain.. Banyak yang harus dia fikirkan untuk menjadikan masa depannya benar-benar terjamin.. kerana, dia satu-satunya yang ayah harapkan..

- Fiza, bertahanlah.. kuatlah.. berjuanglah..

Fiza : Abang Ngah, Abang Ateh, Abang Dar.. Adik rindu.. Moga ditempatkan kalian di tempat yang mulia disisiNya.. Doakan adik juga untuk kuat melalui ujian ini..