Sunday 8 September 2013

Dan.. bila

Oleh : Khazinatul Hidayah
Kategori : Cerpen rindu ayah.. hehehe..
Yang sudi baca, baca lah.. Bismillah..

Disebalik senyuman seorang ayah, sukar ditafsir senyuman itu untuk apa ? Disebalik muka serius seorang ayah, dengan kerutan di dahi, sukar ditafsir dia sedang memikirkan apa ?

Anak...

Gadis itu bernama Syafiza.. Anak bongsu dalam kelaurga..

Kata ayah, " Fiza, ayah dah tua. Fiza perlu kuat untuk lalui masa depan."

"Ayah, kenapa ayah cakap macam tu ?"

"Ayah cuma berpesan nak.."

"Tapi.. kenapa tiba-tiba ayah ?"

"Ayah cuma terfikir, jika ditakdirkan ayah pergi menghadap Illahi, siapa yang akan memeliharamu nak ? Abang long ? Dia sakit.. Abang cik ? Dia x mampu.. Abang Ngah, Abang Ateh, Abang Dar dah semua bahagia di sisi Allah.. "

"Ayah.. Fiza tahu semua tu.. Fiza sedar.. In shaa Allah Fiza akan lakukan yang terbaik untuk masa depan Fiza.. Moga Allah beri Fiza peluang untuk bahagiakan ayah.."

"Memang itu yang ayah harapkan.. Fiza harus kuat lalui semua ni.. Maafkan ayah sebab tak mampu penuhi semua keselesaan Fiza dalam menuntut ilmu.. Ayah sentiasa mengiringi Fiza dengan doa.."

"Doa pun sudah cukup dari segala-galanya ayah.. Fiza cuma nak ayah ada di sisi Fiza untuk menemani hari-hari Fiza.."

"Itu kehendak kita.. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.. Sebab itu ayah berpesan supaya kamu kuat.. belajar dari sekarang untuk mendapatkan semua yang kamu nak tu sendiri tanpa bantuan sesiapa.. sampai satu masa, Fiza yang akan jadi kakak.. Menjaga Abang long dan Abang cik.."

"Fiza akan cuba ayah.."

***

Fiza : Ya Allah, satu masa.. jika benar ayah akan tinggalkan aku dulu, aku mohon kau beri aku kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.. lapangkan rezekiku untuk berkongsi dengan abang long dan abang cik.. Mereka amanah-Mu ya Rabb.. Matangkan fikiranku.. Jadikan aku anak yang solehah.. adik yang bertanggungjawab.. Dan.. kabulkanlah harapan ayah..

Ayah : Ya Allah, peliharalah anakku.. Beri dia kebahagiaan walau tanpa aku.. Hilangkan kesedihan dihatinya.. Ubati rindunya dengan kuasa rindu-Mu yang hebat.. Permudahkan urusan hidupnya ya Allah.. Jangan kau biarkan dia sendiri menentukan nasib hidupnya.. Kau tuntuni langkah dia Ya Allah.. Sesungguhnya, dia satu-satunya anakku yang mampu bertanggungjawab ke atas abang-abangnya jika aku tiada nanti.. Terima kasih atas anugerah-Mu yang satu ini ya Allah.. Amin..

*Fiza.. gadis yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga abang-abangnya yang diuji dengan sakit.. Ayahnya telah tua.. Ibunya juga.. Fiza harus melalui hidup tidak seperti remaja lain.. Banyak yang harus dia fikirkan untuk menjadikan masa depannya benar-benar terjamin.. kerana, dia satu-satunya yang ayah harapkan..

- Fiza, bertahanlah.. kuatlah.. berjuanglah..

Fiza : Abang Ngah, Abang Ateh, Abang Dar.. Adik rindu.. Moga ditempatkan kalian di tempat yang mulia disisiNya.. Doakan adik juga untuk kuat melalui ujian ini..







No comments:

Post a Comment