There was an error in this gadget

Wednesday, 10 December 2014

Tercapai Impian

Assalamualaikum.

Sunhanaallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Hanya bagi Allah, segala pujian.


TENGOK gambar rasa macam dah tahu je entry kali ni untuk apa. Ya.. Untuk bercerita tentang jubah, topi dan bunga. Eh tak, sebenarnya nak cakap betapa kasih mak dan ayah itu tiada bandingannya. Mak.. Ayah.. adik tahu adik bukan anak yang baik. Menyusahkan itu, adalah adik. Adik tahu sangat. Adik kasar. Tapi, kasih sayang adik untuk mak dan ayah tak perlu nak luah-luahkan dengan kata-kata.

TERIMA KASIH untuk semua yang mak dan ayah korbankan untuk adik yang banyak menyusahkan ni. Kalau bab duit, tak yah mention la. Memang deep ! Apa-apa pon adik dah berjaya pakai jubah, topi dan dapat bunga yang adik nak sangat dari kecik even hanya DIPLOMA.

Pasal ijazah, kerja atau apa sahaja masa depan biar adik fikir kemudian. Masa depan untuk sekarang adalah mak. Adik jaga mak dulu sampai sembuh. Biar apa orang kata, tak siapa tahu resah hati IBU. In shaa Allah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk adik, mak. Adik tahu mak doakan yang terbaik untuk adik. Adik tetap adik. Perniagaan atas talian pun in shaa Allah membantu kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Dah tak nak cita banyak. 




Kawan. Kawan adalah yang kedua terpenting untuk menjalani hari-hari yang dilalui di kampus. UNTUK adik, terima kasih kerana banyak bersabar dengan karenah umi. Dan umi tahu, ada juga air mata yang meniti kerana kekasaran umi. Tahniah for your graduation ! 

Aku tahu aku bukan yang selayaknya digelar kawan. Tapi, perkara lepas jangan diungkit kembali. Kerana tiada manusia yang sempurna. Dan, aku tak nak ulangi kesilapan semalam.




 Aku tahu dengan sebuah kemaafan mungkin tak dapat kembalikan orang yang kita sayang. Namun, cukup untuk kembalikan ketenangan hati. Dan kini, hati aku cukup tenang. Kerana dia benar insan yang terlalu baik.

Allah, aku panjatkan kesyukuran kepada-Mu. Walau aku tahu, aku bukan layak untuk peroleh kemaafan itu. Kurniakan dia kebahagiaan.

 Mereka. Enot, Bella. Ilya. Budak investment. Tahniah ! Enot dan Bella.. Terima kasih sebab kadang-kadang paksa i study yoo !

LECTURER ! Madam Taaherah paling diingati. Aku terlalu kagum dengannya. Ingat waktu mula sem satu. Aku datang kelas lewat. Nasihatnya penuh kelembutan. Katanya, bukan guru tunggu murid, seharusnya murid tunggu guru. :)

CIKGU sekolah. Cikgu Azhar. Dari dulu sehingga kini, sentiasa bertanya khabar, memberi semangat untuk membina masa depan yang lebih baik. 

Aunty Yan.. Walau jauh di bumi barakah sana, Makkah Al-Mukaramah, Tak pernah lokek untuk menjawab pertanyaan insan kerdil yang sedang mencari jalan Tuhan, Allah yang satu.

Abang Long, Kak long. Sentiasa memberi ucapan semoga berjaya bila tiba exam.

Dan yang paling dekat, walau aku catat paling last. WIDYA, ENOT,ALYA,YANA,KAKAK,BEELA,ANA,ALIF,AZWAN,BASYIR,MATTOP, AJIM, PEON,MERUL.

Bersama sama susah dan senang di universiti teknologi mara(kampus dungun). Walau kena maki hamun merata tempat angkara basikal. Oke. Haha

Dan rasa sangat nak berterima kepada TR Jaie Aziz ( En. Azahari bin Abdul Aziz), Timbalan Rektor HEP.*Kalau salah nama mintak maaf. Hehe. Lama dah tak buat proposal. Ngee~ Walau mungkin dia tak kenal aku, namun sifat kepimpinannya benar-benar membuatkan aku kagum.

Untuk Mirah yang di UKM, harapan hati nak jugak u ollss ade dengan i olls.. haha ! Sarah pon sama ! Dah mintak terbang dari Mesir ke Malaysia. HAHA. 

Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, ucapan terima kasih berpanjangan dari aku, insan yang lemah ini. Hidup ini perlu berjemaah, baru berjaya 😄

Dan inilah impian. Ada gambar pakai jubah, topi bersandar megah di dinding rumah. Ayah.. Mak, dari kecik adik impikan benda ni. Walau hanya diploma.

Dan kini, saya memegang DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN.