There was an error in this gadget

Saturday, 3 March 2012

Perjalanan rinduku pada-Mu

Dalam setiap isi blog,pastinya aku menghadiahkan puisi untuk diri sendiri.. Tapi,untuk kali ini,aku sangat ingin mengimbau kembali perjuangan cintaku untuk-Nya di sebuah tempat yang tak pernah terfikir aku akan menjejakinya dalam usia muda begini.. Namun,panggilan-Nya tidak siapa mampu menghalang.. Aku berjaya juga mencapai impian..

Sebelum ke Makkah,aku ke Madinah tiga hari.. tapi,aku terlalu ingin untuk bercerita tentang kerinduan terhadap Baitullah.. Destinasi cinta yang kedua ini menerima aku sebagai tetamu.. 5 jam perjalanan dari Madinah dengan menaiki bas..Berhenti di Bir Ali untuk niat ihram..Ya Allah.. andai diberi peluang,aku ingin menetap di tanah suci-Mu.. Sampai Makkah,semua tetamu Allah menyahut seruan-Nya.. Perjalanan tawaf dan saie sangat memerlukan kekuatan dan kesabaran.. Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh-Nya..
Namun sebagai hamba yang tak sempurna.. penyesalan tetap ada kerana masa disana tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.. aku ingin menebus segalanya andai dapat ke sana lagi.. Jika ditanya tentang pengalaman,aku tak mampu untuk menceritakan sepenuhnya.. hanya ketenangan yang aku mampu ungkapkan.. SubhanaAllah.. 19 Feb 2012,aku ke Masjidil Haram kerana ada temu janji dengan Aunty Azian.. yang menetap di Makkah lebih 7 tahun.. Sebelum bertemu,aku jalan-jalan di pintu(No.1) Masjidil Haram yang mana kita dapat melihat Kaabah dari luar.. AllahuAkbar,AllahuAkbar,AllahuAkbar.. Hanya airmata yang mampu melepaskan segala rasa hati ini.. Moga ada keindahan seterusnya untuk diri ini..Tepat jam 10 pagi,aku jumpa Aunty Yan kat luar Masjidil Haram.. Aunty sangat baik..Terima kasih Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengan insan yang mampu membimbingku.. ukhwah yang tebina,sangat menggembirakan hati ini..(seperti Madam Taaheraah) Alhamdulillah..Aunty ajak aku makan kat restoran Malaysia kat Makkah.. Aunty belanja teh ais(air kegemaran aku)..Waktu minum,banyak cerita yang dikongsikan oleh Aunty pada aku.. semuanya bermanfaat dan bermaklumat.. Alhamdulillah.. Berkongsi tentang ziarah di Makkah,aku ke ladang unta.. selain ladang unta,ke Masjid Hudaibiyah,untuk niat ihram.. Then ke muzium.. banyak peninggalan zaman nabi kat sini.. SubhanaAllah.. untuk 20 Feb 2012,hanya 3 tempat aku ziarah..  Balik,terus buat umrah.. Moga ada ketetapan hati dan dijauhkan daripada bisikan syaitan.. untuk keesokannya,aku ziarah ke :








Jabal Uhud
Jabal Nur
Jabal Rahmah
Tempat Nabi lahir
Arafah
Mudzalifah
Mina
ade 1 tempat yang aku lupa nama.. ruginyerrrrr.. hmm.. Alhamdulillah.. selesai ziarah.. setiap kali ziarah,mutawif tidak pernah lokek berkongsi cerita tentang perjuangan Nabi.. Sungguh aku rindu untuk ke sana lagi.. SubhanaAllah.. segalanya berkat usaha mak yang sentiasa memberi aku semangat.. terima kasih mak :) 

*cerita ini masih panjang,tapi aku penat .. nanti kongsi lagi untuk Madinah.. rindu !!


3 comments:

  1. alhamdulillah ida suda smpai ke tanah suci mekah. doakan wadah dipercepatkan untuk sampai ke sana. nk merasa jgk bagaimana rasa pergi ke sana. xpernah lg owg ckp xbez

    ReplyDelete
  2. Mawaddah.. sorry.. sebelum ni x bace komen wadah.. baru perasan.. insya-Allah.. kita banyakkan doa. Insya-Allah.. DIA jemput kita sebagai tetamu istimewa..

    ReplyDelete