Friday, 7 June 2013

Sempurna sebuah perkataan bernama TAWAKKAL..


Duhai insan.. untukmu kupersembahkan bicara hati yang mungkin benar-benar menyentap naluri keinsafan.. Walau kisahnya hanya sekadar biasa, namun.. benar-benar memberi kesan pada jiwa seorang hamba..
Di semester empat.. Aku diharungi pelbagai dugaan.. Pengorbanan untuk seorang abang.. Kesetiaan kepada seorang kawan yang lebih bernilai jika dipanggil sahabat.. Semester empat juga menjadikan aku seorang pelajar yang mungkin sedikit susah untuk memahami ilmu pelajaran ..
                Dibibir meniti perkataan susah.. payah.. jerih.. perit.. “ Aku tak nak hadapi semua ni..” Kataku ! Peperiksaan  akhir untuk semester empat semakin hampir.. Namun, aku tak mampu untuk merasai seperti orang lain. Mengulangkaji pelajaran bersama rakan seperjuangan..
                Namun, ia tidak bererti aku kalah.. Aku diberi tumpuan penuh oleh seorang sahabat. Walau jauh, dia sentiasa menitip kata-kata semangat. Tapi, bohong jika aku kata aku tidak berusaha. Aku cuba sedaya upaya. Walaubagaimanapun, aku tahu dimana tahap aku. ‘Hanya biasa-biasa !’
                Peperiksaan aku lalui dengan ‘biasa-biasa’.. Berulang-alik dari Felda Cerul ke Uitm, Dungun yang mengambil masa selama dua jam perjalanan. Aku terpaksa menulis cerita ini, kerana aku rasa ia luar biasa.
                Result.. Result.. Result..
                Akhirnya.. 9 Mei 2013 tiba.. Aku menanti jam 9 pagi.. Tiada debaran.. Namun, fikiran aku terlalu negatif. Aku terlalu yakin yang aku akan ‘repeat far’.. Mata terbungkam melihat skrin.. Kaku ! Airmata menitis.. Aku lulus.. Maha suci Allah..
                Aku termalu sendiri dengan Pencipta. Aku jarang memanjatkan doa.. Yang terserlah.. Yang aku tahu,aku diiringi oleh doa seorang ‘Emak’.. Aku diiringi oleh doa ‘sahabat’.. Doa seorang cikgu.. Dan mungkin doa-doa pensyarah.. Para Malaikat.. Subhanaallah.. Begitu hebat takdir Allah..
                Itulah.. Makna tawakkal.. Tawakkal.. Tawakkal.. Yang sering diingatkan aku oleh sahabat aku ! Terima kasih atas segalanya.. Kerana dia juga dilanda dugaan hebat ketika menghadapi peperiksaan akhir semester empat. Mungkin dugaan itu lebih hebat dari aku ! Namun.. ‘Kami’ >>>> <<<<< BERJAYA ! Yaaa.. SETIA KAWAN !

Thursday, 17 January 2013

Duhai Kalbu

Kalbu...
Menyimpan segala rahsia yang terpendam oleh setiap insan bergelar manusia..
Indahnya pemberian Allah dengan hadiah kalbu itu..
Bagai memberi ruang untuk manusia merasai segenap kebahagiaan yang terhidang di depan mata..
Tanpa perlu memikirkan pendapat mata-mata lain yang memandang,,
Kerana dari kalbu... manusia mampu menyimpan segalanya..
Antara kebaikan dan kejahatan...
antara kebaikan dan keaiban..
segalanya mampu disimpan kemas dan rapi..
kerana kalbu itu memiliki keunikan tersendiri..

Kalbu...
Dalam meniti hari demi hari..
Bantulah aku untuk kau sentiasa suci..
Bantulah aku agar sentiasa mengingati Allah yang abadi..
Bantulah aku agar sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan kitab suci yang terhidang dengan segala genap ilmunya yang tersendiri...
Bantulah aku mengingati perjuangan para Nabi..



Kalbu..
Jangan sesekali kau kotor dengan bintik-bintik noda yang tidak pasti..
Jangan sesekali kau berdetik mengenai sesuatu yang belum pasti..
Jangan sesekali kau mengajakku mendekati maksiat hati..
Jangan sesekali kau menerima cinta manusia yang tidak pasti..
sebelum istikharah memberi jawapan..
sebelum istikharah memberi petanda..
sebelum Allah menunjukkannya..

Kalbu...
Jaga dirimu sebaiknya..
Agar engkau menjadi kalbu yang terpelihara..
terlindung didasar yang sentiasa mengharap cinta dan reda Illahi..

Nota hati * Bingkisan ini buat hati yang mati.. bangkitlah wahai hati.. kerana setiap yang mengingati Allah itu sebenarnya tidak mati.. Put your trust in Allah !

Tuesday, 6 November 2012

Ujian rindu-Nya

Ujian bertandang..
membisikkan kata rindu daripada Tuhan..

Sama ada manusia ingin menyedari atau tidak..
terpulang..

Ujian bukan bererti hanya kesusahan..
kenikmatan juga adalah ujian..

Tawakal dan syukur menjadi peneman,
antara dua bentuk ujian itu..

Akal diberi untuk manusia berfikir..
setiap detik,
saat,
minit,
jam
yang berlalu..
jangan biarkan ia berlalu tanpa fikir !


Friday, 5 October 2012

Umur.. angka.. 
semakin bertambah.. bertambah.. dan bertambah..
aku ?
masih begini.. di sini.. dalam mencari arus kehidupan..
rentak.. nyanyian.. irama.. 
yang mana harus aku pilih ?

Tuhan.. 
Aku mendamba sebuah perubahan..
pada diri sendiri..
yang mungkin akan menjadi hadiah paling bermakna buat diriku :)
aku ingin menjadi lebih baik daripada sebelumnya..

Hari ini,mungkin aku masih tewas dalam gelak tawa 
yang tiada penghujungnya..
namun.. harapan.. demi harapan..
doa.. dan dalam setiap doa..
aku mendambakan kemanisan iman..
yang akan membawa aku menggapai syurga-Mu..

(Ya Allah.. terima kasih atas nikmat umur yang kau kurniakan untukku..
peganglah hati ini YA Allah.. kerana "qalbu" ini adalah milikmu.. Bawalah aku menuju jalan cinta-MU)

Kata mak : Adik.. mak doakan adik berjaya dalam pelajaran.. dapat menjawab soalan peperiksaan dengan  baik dan jayanya.. Hanya ini mampu mak bagi(wang berjumlah RM 200) sebagai hadiah hari jadi untuk 2012..
Kata aku : Doa mak yang adik harapkan.. Jangan lupa doakan jodoh yang soleh untuk adik :p haha.. 
Kata mak : Adik memang tak pernah berubah ! asyik kahwin je :p (mak gelak) -sambil menciumku..
'Mak... u r the one for me..5/10/93.. pengorbanan nyawa untuk melahirkan adik ke dunia ini hanya Allah yang mampu membalasnya.. insya-Allah.. adik akan berusaha untuk untuk menjadi seorang anak yang baik :).." redhamu ku harap untuk menggapai redha Illahi " :p
 

Sunday, 8 July 2012

Rintihan hati seorang "wanita"

Segala puji dan syukur ku panjatkan pada-Mu ya Allah..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad,Rasul junjungan..
Ya Allah.. Dengarlah.. Rintihan hati seorang hamba-Mu..


Ya Allah..
Suatu ketika dahulu..
Aku bukanlah seorang wanita yang menutup aurat
dengan sempurna..
Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki kelembutan
yang didamba oleh setiap Hawa..
Aku bukanlah seorang wanita yang bergelar anak solehah..
Aku bukanlah seorang wanita yang menjaga ukhwah..
Aku.. bukan seorang wanita yang bergelar hamba yang taat
kepada-Mu..




Aku tertatih sendiri mencari jalan dan arah hidup..
untuk memperoleh Reda-Mu,cinta-Mu..
siapa aku kini Al-haadi,tanpa petunjuk-Mu ?
siapa aku kini Al- Latif,tanpa kelembutan-Mu ?
siapa aku kini  Al-Nur,tanpa cahaya-Mu ?
siapa aku kini Al-Sobur,tanpa kesabaran-Mu ?

Engkau mendetikkan hatiku untuk mencari-Mu
dengan kudus cinta-Mu
petunjuk-Mu membuktikan segalanya..
kelembutan-Mu yang merinduiku dengan segenap ujian..
cahaya-Mu dengan setiap penyelesaian..
kesabaran-Mu dengan setiap luahan hatiku..

Ya Allah..
Andai engkau tidak menjentikku..
sudah pasti aku masih tersasar dari jalan-Mu..
Al-Qadar.. Engkau Maha Menentukan..
tentukanlah yang terbaik untukku..
dalam kehidupan duniaku dan akhiratku..

Ya Ghaffar,Ya Ghaffur..
Keampunan-Mu dan kemaafan-Mu seperti Karim-Mu..
Engkau lah yang Maha Pemurah..
Ampunilah aku.. akan segala dosaku..

Ya Allah..
jadikan aku wanita yang menjadi hamba-Mu yang taat
jadikan aku wanita yang menjadi anak yang solehah..
jadikan aku wanita yang menjadi pelajar yang cemerlang..
jadikan aku wanita yang menjadi seorang penjaga ukhwah..
andai aku kau pertanggungjawabkan untuk melengkapi rusuk adam..
jadikan aku wanita yang menjadi isteri solehah dan sempurna..
yang memperoleh reda suami dunia dan akhirat..
andai aku dan adam itu kau anugerahkan zuriat..
jadikan aku dan dia seorang "umi dan walid" yang mampu
membimbing amanah-Mu melayari bahtera Islam..

Amin..

Saturday, 7 April 2012

Sehelai tudung labuh




Aku berpuisi.. 
untuk meluahkan segalanya..
Sehelai tudung labuh..
Menjadi pilihanku sebagai hijab..

Suatu ketika dahulu,
aku hanya seorang insan biasa..
gadis yang hanya berpesonaliti biasa..
Namun,Hidayah-Nya hadir dalam suatu suratan-Nya..
dimana tudung labuh mendapat tempat dihati ini..
Membuatkan aku jatuh cinta pada hijab sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna untukku..
menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita..
aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah..
Namun,tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
 untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya..
kerana itulah yang terindah dan berharga..

Kadang kala,aku kecewa dengan sikap segelintir masyarakat
yang hanya pandai menyindir tanpa mendidik diri terlebih dahulu..
sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar..
Namun,aku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa..
 beristiqamah dalam menjaga aurat..

Ya Allah.. janganlah kau bolak-balikkan hati ini,
setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu..
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu..
dan bermujadah nafsu..
begitu juga,tidak lupa doa buat kaumku yang makin jahiliah cintanya pada-Mu..
amin.. amin.. amin..

"Qaisara Iman"

Kini,aku sedang menulis sebuah kisah mengenai perjuangan seorang gadis dalam menanti cinta seorang suami yang pernah menodainya sebelum mereka diijabkabulkan. Ku ciptakan Qaisara Iman sebagai gadis luar biasa yang tidak berdendam dengan lelaki yang memperkosanya,iaitu Alif. Malah,dengan satu kemaafan memberinya ruang untuk sentiasa berharap agar lelaki itu hadir melindungi resahnya. Dia memendam luka sendirian tanpa pengetahuan sesiapa. Namun,Alif tidak segan untuk meluahkan apa yang dialami kepada ayahnya,Tuan Zaid. Tuan Zaid mencipta rancangan sendiri tanpa pengetahuan isteri untuk bertemu mata dengan keluarga Iman. Menggunakan nama Irfan,dan mengatur perjumpaan antara Irfan dan ibu bapa Iman,akhirnya mereka menerima Irfan sebagai menantu. Begitu juga dengan Iman,yang masih tidak tahu bahawa Irfan adalah Alif. Dia menerima lelaki bernama Irfan tanpa pernah berjumpa. Segalanya diatur oleh keluarga. Iman berharap agar Irfan adalah anugerah Allah untuk melindunginya. Dia berserah andai Irfan tidak dapat menerimanya kerana sudah tidak suci lagi. Biarlah Irfan yang membuat keputusan nanti. Bagaimana keadaan Iman setelah diijabkabulkan dengan Irfan yang sebenarnya adalah Alif ? Lelaki yang menghancurkan hidupnya ? Dia adalah Alif Irfan bin Tuan Zaid. Bagaimana pula dengan Zharif yang menanti Iman penuh setia ? Bagaimana penerimaan Iman terhadap Alif Irfan ? Seindah namanya Qaisara Iman yang bermaksud permaisuri Iman dalam menanti kasih seorang suami yang pernah menodainya. Semuanya akan terjawab dalam Qaisara Iman.



          Ketika menciptakan 'Qaisara Iman',aku menangis bersamanya. Aku cuba menjadi Qaisara Iman, gadis luar biasa yang sedia memaafkan dan mengharapkan agar lelaki yang menodainya yang menjadi suaminya. Jika difikir,jarang ada gadis yang menghadiahkan kemaafan selain kebencian dan dendam kepada lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Namun,tidak bagi Iman. Aku cuba menjadi gadis yang berhati mulia. Kata Iman, 'Dosa yang dilakukan pada siang hari,akan Allah ampunkan dosanya pada malam hari jika hamba-Nya bertaubat,manakala dosa yang dilakukan pada malam hari,akan Allah ampunkan dosanya pada siang hari jika hamba-Nya bertaubat.' Besar sungguh kasih sayang Allah. Besar sungguh keampunan-Nya. Jika tiada kemaafan dari manusia,bagaimana Allah akan menerima Alif jika Alif benar-benar bertaubat. Itulah yang sentiasa Iman fikir. Aku terasa indah ketika menjadi Qaisara Iman walaupun bertemankan luka semalam kerana hatinya yang mulia. Dia gadis yang dianiayai. 
          Menjadi Zharif bagai membuatkan aku terluka apabila Iman dimiliki oleh Alif. Salahnya juga kerana tidak berani meluahkan pada Iman. Zharif seorang yang baik dan sangat rapat dengan Sumirah. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iman. Akankah Zharif menemui kebahagiaan ?
         Ku ciptakan watak Sumirah sebagai teman sekuliah Iman yang sentiasa membantah keinginan Iman kerana inginkan yang terbaik untuk Iman. Namun,Iman punya prinsip tersendiri. Manakala ku ciptakan watak Sarah sebagai sahabat Iman daripada umur mentah lagi,sahabat yang Iman percaya,dan Iman meluahkan segalanya pada Sarah. Sarah teman yang menemani luka Iman walaupun sedang menuntut di Cairo,Mesir. Itulah erti persahabatan yang cuba ku ciptakan. Walaupun jauh jarak,namun mereka sentiasa melindungi antara satu sama lain.

"Itulah serba sedikit detik hatiku ketika mencipta Qaisara Iman. Aku tidak pasti bila akan ku keluarkan novel ini. Insyaallah dalam jarak masa yang tidak lama. Kekangan masa membuatkan aku terhad untuk bersama Qaisara Iman. Berminatkah sahabat untuk mengetahui tentang Qaisara Iman dan menemaninya dalam lukanya ? Tersenyum ketika dia cuba mengukir senyuman ?" Insyaallah,kita akan bersama Qaisara Iman apabila tiba masanya nanti.