Saturday 7 April 2012

"Qaisara Iman"

Kini,aku sedang menulis sebuah kisah mengenai perjuangan seorang gadis dalam menanti cinta seorang suami yang pernah menodainya sebelum mereka diijabkabulkan. Ku ciptakan Qaisara Iman sebagai gadis luar biasa yang tidak berdendam dengan lelaki yang memperkosanya,iaitu Alif. Malah,dengan satu kemaafan memberinya ruang untuk sentiasa berharap agar lelaki itu hadir melindungi resahnya. Dia memendam luka sendirian tanpa pengetahuan sesiapa. Namun,Alif tidak segan untuk meluahkan apa yang dialami kepada ayahnya,Tuan Zaid. Tuan Zaid mencipta rancangan sendiri tanpa pengetahuan isteri untuk bertemu mata dengan keluarga Iman. Menggunakan nama Irfan,dan mengatur perjumpaan antara Irfan dan ibu bapa Iman,akhirnya mereka menerima Irfan sebagai menantu. Begitu juga dengan Iman,yang masih tidak tahu bahawa Irfan adalah Alif. Dia menerima lelaki bernama Irfan tanpa pernah berjumpa. Segalanya diatur oleh keluarga. Iman berharap agar Irfan adalah anugerah Allah untuk melindunginya. Dia berserah andai Irfan tidak dapat menerimanya kerana sudah tidak suci lagi. Biarlah Irfan yang membuat keputusan nanti. Bagaimana keadaan Iman setelah diijabkabulkan dengan Irfan yang sebenarnya adalah Alif ? Lelaki yang menghancurkan hidupnya ? Dia adalah Alif Irfan bin Tuan Zaid. Bagaimana pula dengan Zharif yang menanti Iman penuh setia ? Bagaimana penerimaan Iman terhadap Alif Irfan ? Seindah namanya Qaisara Iman yang bermaksud permaisuri Iman dalam menanti kasih seorang suami yang pernah menodainya. Semuanya akan terjawab dalam Qaisara Iman.



          Ketika menciptakan 'Qaisara Iman',aku menangis bersamanya. Aku cuba menjadi Qaisara Iman, gadis luar biasa yang sedia memaafkan dan mengharapkan agar lelaki yang menodainya yang menjadi suaminya. Jika difikir,jarang ada gadis yang menghadiahkan kemaafan selain kebencian dan dendam kepada lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Namun,tidak bagi Iman. Aku cuba menjadi gadis yang berhati mulia. Kata Iman, 'Dosa yang dilakukan pada siang hari,akan Allah ampunkan dosanya pada malam hari jika hamba-Nya bertaubat,manakala dosa yang dilakukan pada malam hari,akan Allah ampunkan dosanya pada siang hari jika hamba-Nya bertaubat.' Besar sungguh kasih sayang Allah. Besar sungguh keampunan-Nya. Jika tiada kemaafan dari manusia,bagaimana Allah akan menerima Alif jika Alif benar-benar bertaubat. Itulah yang sentiasa Iman fikir. Aku terasa indah ketika menjadi Qaisara Iman walaupun bertemankan luka semalam kerana hatinya yang mulia. Dia gadis yang dianiayai. 
          Menjadi Zharif bagai membuatkan aku terluka apabila Iman dimiliki oleh Alif. Salahnya juga kerana tidak berani meluahkan pada Iman. Zharif seorang yang baik dan sangat rapat dengan Sumirah. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iman. Akankah Zharif menemui kebahagiaan ?
         Ku ciptakan watak Sumirah sebagai teman sekuliah Iman yang sentiasa membantah keinginan Iman kerana inginkan yang terbaik untuk Iman. Namun,Iman punya prinsip tersendiri. Manakala ku ciptakan watak Sarah sebagai sahabat Iman daripada umur mentah lagi,sahabat yang Iman percaya,dan Iman meluahkan segalanya pada Sarah. Sarah teman yang menemani luka Iman walaupun sedang menuntut di Cairo,Mesir. Itulah erti persahabatan yang cuba ku ciptakan. Walaupun jauh jarak,namun mereka sentiasa melindungi antara satu sama lain.

"Itulah serba sedikit detik hatiku ketika mencipta Qaisara Iman. Aku tidak pasti bila akan ku keluarkan novel ini. Insyaallah dalam jarak masa yang tidak lama. Kekangan masa membuatkan aku terhad untuk bersama Qaisara Iman. Berminatkah sahabat untuk mengetahui tentang Qaisara Iman dan menemaninya dalam lukanya ? Tersenyum ketika dia cuba mengukir senyuman ?" Insyaallah,kita akan bersama Qaisara Iman apabila tiba masanya nanti.

      






5 comments: