Thursday 17 January 2013

Duhai Kalbu

Kalbu...
Menyimpan segala rahsia yang terpendam oleh setiap insan bergelar manusia..
Indahnya pemberian Allah dengan hadiah kalbu itu..
Bagai memberi ruang untuk manusia merasai segenap kebahagiaan yang terhidang di depan mata..
Tanpa perlu memikirkan pendapat mata-mata lain yang memandang,,
Kerana dari kalbu... manusia mampu menyimpan segalanya..
Antara kebaikan dan kejahatan...
antara kebaikan dan keaiban..
segalanya mampu disimpan kemas dan rapi..
kerana kalbu itu memiliki keunikan tersendiri..

Kalbu...
Dalam meniti hari demi hari..
Bantulah aku untuk kau sentiasa suci..
Bantulah aku agar sentiasa mengingati Allah yang abadi..
Bantulah aku agar sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan kitab suci yang terhidang dengan segala genap ilmunya yang tersendiri...
Bantulah aku mengingati perjuangan para Nabi..



Kalbu..
Jangan sesekali kau kotor dengan bintik-bintik noda yang tidak pasti..
Jangan sesekali kau berdetik mengenai sesuatu yang belum pasti..
Jangan sesekali kau mengajakku mendekati maksiat hati..
Jangan sesekali kau menerima cinta manusia yang tidak pasti..
sebelum istikharah memberi jawapan..
sebelum istikharah memberi petanda..
sebelum Allah menunjukkannya..

Kalbu...
Jaga dirimu sebaiknya..
Agar engkau menjadi kalbu yang terpelihara..
terlindung didasar yang sentiasa mengharap cinta dan reda Illahi..

Nota hati * Bingkisan ini buat hati yang mati.. bangkitlah wahai hati.. kerana setiap yang mengingati Allah itu sebenarnya tidak mati.. Put your trust in Allah !

1 comment:

  1. ade yg menarik tuk anda. Mari lihat ;) http://adorafiq.blogspot.com/2013/01/keajaiban-for-healthy-and-beauty.html

    ReplyDelete