Thursday 22 December 2011

Kejujuran antara hamba dan Pencipta

Kemana harus ku bawa sebuah keluhan ?
perlukah aku meluahkan segalanya ?
lidah kelu tanpa bicara..
akal berhenti berfikir buat seketika..
memberi ruang pada hati mencari-Nya
      
      Aku mengharapkan sebuah kejujuran..
     antara diri dan Pencipta..
     Naluriku bergetar mengalunkan zikrullah
     menyebut merdu asma'nya..

Namun.. 
belum seluruh jiwa ku serahkan kepada-Nya
aku berharap..
aku ingin.. 
aku mahu..
luaran dan dalaman bergabung padu..
agar terlahir kejujuran antara seorang hamba dan Pencipta..

jika bertanya tentang suara hati..
sudah pasti hanya DIA yang tahu..
kerana .. Maha Mengetahui itu milik-Nya

jika bertanya tentang suara hati..
sudah pasti hanya DIA yang dengar..
kerana.. Maha Mendengar itu milik-Nya

Jelas lah... Teranglah.. Benarlah..

Tidak rugi mengadu pada-Nya
Tidak rugi meluahkan pada-Nya
Tidak rugi berbisik pada-Nya
Tidak rugi menangis pada-Nya

.....................kerana......................

DIA berhak..
DIA layak..
DIA Yang MAHA.. MAHA Segalanya..


No comments:

Post a Comment